CARACAS 14 Mei – Pesawat kedua dari China yang membawa bekalan perubatan termasuk ubat-ubatan tiba di negara ini semalam sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama ‘teknikal bantuan kemanusiaan’ antara Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan Beijing.
Pesawat Boeing 747 membawa 71 tan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan tiba di ibu kota negara ini.
Sebelum ini, China menghantar 65 tan bantuan kemanusiaan kepada Venezuela pada 29 Mac lalu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











