LONDON 28 Mei – Penyerang Uruguay, Edinson Cavani bersetuju untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Atletico Madrid. Bos Atletico, Diego Simeone melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad Atletico dengan beberapa pemain berprofil tinggi akan meninggalkan kelab tersebut dan tempat mereka akan digantikan. Cavani, kontraknya bersama PSG tamat pada musim panas ini menjadi calon utama untuk menggatnikan tempat Diego Costa jika dia meninggalkan kelab itu pada pasaran perpindahan. Media Sepanyol, Mundo Deportivo memberitahu bahawa Cavani bersetuju untuk menyertai Atletico dengan syarat Costa perlu meninggalkan pasukannya. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya