KUALA LUMPUR 3 Mei – Jenama susu kultur dari Jepun, Calpis menawarkan pelbagai variasi untuk memenuhi cita rasa dan keutamaan rakyat Malaysia.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, pihaknya berharap dapat meneruskan legasi pengasas Calpis, Kaiun Mishima dan menyebarkan kebaikan Calpis untuk tahun-tahun akan datang.
Katanya, produk Calpis pertama kali mula dipasarkan pada 1919 dan minuman susu kultur itu menjadi tumpuan pasaran dan kandungannya dibungkus dalam kotak kadbod yang ringkas.
“Dengan peredaran masa, pasukan Calpis terus berinovasi dan mempelbagaikan produk mereka dengan memperkenalkan Calpis sedia diminum dan kemudiannya menghasilkan minuman dengan fungsi bersesuaian dengan diet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











