Buruh Indonesia maut akibat ditimpa konkrit - Utusan Malaysia

Buruh Indonesia maut akibat ditimpa konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang buruh lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun maut selepas ditimpa konkrit di sebuah tapak pembinaan projek perumahan dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang dan mangsa dikenali sebagai Sinaga Sastro Verhan berasal dari Medan, Indonesia.

“Siasatan awal yang dijalankan oleh polis bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aidi Sham memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kata beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini