Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras tertinggi harian susulan aktiviti belian dan jualan secara menyeluruh walaupun wujud kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China yang semakin tegang, apabila AS melarang kemasukan barangan syarikat telekomunikasi utama China, Huawei.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.17 mata kepada 1,605.36, disokong oleh keuntungan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi, terutama kewangan, telekomunikasi dan peladangan.

Indeks dibuka 0.13 mata lebih tinggi kepada 1,599.32, paras terendah harian, dan bergerak setinggi 1,610.96.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 407 berbanding 342 manakala 404 kaunter tidak berubah, 758 tidak diniagakan dan 36 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.91 bilion saham bernilai RM1.46 bilion berbanding 2.03 bilion saham bernilai RM1.71 bilion semalam.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, berdasarkan jumlah dagangan yang kecil kebanyakan pelabur enggan memasuki pasaran dan ada sebahagian lagi meneruskan jualan untuk membuat keuntungan.

“Hari ini kita menyaksikan lantunan yang baik pada sebelah pagi, namun dagangan tidak menentu. Pasaran seperti yo-yo turun mendadak dan naik semula dengan ketara.

“Dan situasi ini tidak memberikan keyakinan kepada pelabur untuk membeli saham, terutama selepas jualan singkat semalam oleh dana asing,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini