Bursa Malaysia catat pemulihan dalam dagangan awal - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia catat pemulihan dalam dagangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Bursa Malaysia terus mencatatkan pemulihan dalam dagangan awal pagi ini berikutan aktiviti belian sejajar dengan lantunan semula pasaran saham global selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi jaminan rundingan perdagangan yang berjaya dengan China.

Pada 9.14 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.14 mata kepada 1,603.33.

Indeks itu dibuka pada 1,601.43, 2.24 mata lebih tinggi daripada paras penutup 1,599.19 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 253 berbanding 90, dengan 176 kaunter tidak berubah, 1,392 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 384.02 juta saham bernilai RM109.76 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pemulihan semalaman dalam kebanyakan indeks utama dijangka terus memberi rangsangan pemulihan di Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Pada Selasa, kedua-duae Dow dan S(amp)P 500 meningkat 0.8 peratus setiap satu untuk ditutup masing-masing kepada 25,532.05 dan 2,834.41.

Firma penyelidikan itu berkata sentimen pasaran juga mendapat rangsangan daripada potensi perjanjian perdagangan apabila Trump dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping dijadualkan bertemu pada sidang kemuncak G20 di Jepun pada bulan depan.

“Meskipun kebimbangan telah mereda dan lantunan semula kukuh dijangkakan, kami masih merasakan keadaan turun naik tetap berterusan dalam masa terdekat ini kerana masih lagi tiada sebarang keputusan muktamad berhubung pertikaian perdagangan itu.

“Oleh itu, penurunan dan peningkatan FBM KLCI akan masih lagi sebahagian besarnya ditentukan oleh perkembangan isu itu bagi tempoh yang lebih lama,” kata Malacca Securities.

Pada masa ini, indeks utama itu mungkin pulih melepasi paras 1,600 hingga 1,610 dengan paras sokongan dilihat masing-masing pada 1,580 dan 1,572.

Keseluruhannya, sentimen pasaran yang bertambah baik boleh menyediakan rangsangan kepada saham berharga rendah dan keseluruhan saham dalam pasaran untuk mencatatkan pemulihan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini