KUALA LUMPUR 3 Mei – Bekas Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan RM2.8 juta pada Jun 2015. Bung Mokhtar bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Rozina Ayob. Berdasarkan pertuduhan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah itu sebagai seorang ejen iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra telah menerima suapan berjumlah RM2.8 juta…










