Bertemakan Warna Warni Ramadan 1440 Hijrah, Grand Bluewave Hotel Shah Alam mengalu-alukan semua pengunjung untuk berbuka puasa ala bufet di hotel tersebut yang berkonsepkan `bazar Malaysia kini’ dan ‘ala kampung’.
Kumpulan cef hotel tersebut menyediakan lebih 100 menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa.
Antaranya nasi Pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.
Selain itu, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai beriani, gerai masakan India, gerai tandoori, gerai masakan Cina, kegemaran warung Malaysia, gerai Itali, gerai grill and carving serta cita rasa negeri.
Di gerai grill and carving, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.
Pengunjung juga boleh mencuba masakan di gerai cita rasa negeri yang menyediakan pelbagai hidangan dan menariknya jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu.
Antara masakan yang disediakan adalah mi udang (Perak), laksa Sarawak (Sarawak) lontong dan rendang cili padi (Johor dan Negeri Sembilan), laksa Penang (Pulau Pinang), mi kari nyonya (Melaka), ikan patin masak tempoyak (Pahang), nasi dagang (Terengganu).
Peka dengan perkembangan trend media sosial, bufet Ramadan kali ini turut menyediakan menu viral yang hangat diperkatakan dalam dunia media sosial seperti burger cheese meleleh, char kuey teow keju, shellout kamyong style, kepak ayam goreng pedas dengan keju dan roti John Titiwangsa.
Berbuka puasa juga tidak lengkap tanpa minuman segar setelah berpuasa sepanjang hari. Justeru, aneka pilihan minuman disediakan untuk pengunjung seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi.
Selain suasana bazar yang pastinya membangkitkan selera, pengunjung mesti mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan kenikmatan berbuka puasa.
Antaranya ialah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu dan kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega serta sago gula Melaka.
Buffet ‘Warna Warni Ramadan 1440 Hijrah’ disediakan setiap hari bermula pukul 7 malam sehingga 10 malam dan akan berlangsung sehingga 4 Jun ini.
Harga bermula daripada RM138+ seorang dewasa dan RM70+ seorang kanak-kanak dan warga emas manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148+ untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75+ dengan minimum 100 orang.
Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di hotel berkenaan.
Pengunjung juga akan menikmati alunan bacaan ayat suci al-Quran sepanjang berbuka puasa selain boleh menunaikan solat maghrib dan solat tarawih yang dipimpin oleh imam lantikan hotel tersebut. Dalam pada itu hotel berkenaan juga menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pengunjung boleh menghubungi talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar e-mel kepada [email protected].











