Budak sekolah kejutkan pemain No. 1 dunia - Utusan Malaysia

Budak sekolah kejutkan pemain No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 22 Mei – Budak sekolah berusia 17 tahun dari Korea Selatan, An Se-Young melakukan kejutan terbesar dalam karier awalnya pada saingan Piala Sudirman di sini apabila menewaskan pemain No. 1 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying dalam acara perseorangan wanita.

Walaupun kejayaan itu dicatat dalam kejohanan berpasukan, kemenangan 14-21, 21-18, 21-16 Se-Young yang menduduki ranking ke-50 dunia ketika ini amat bermakna dalam membina reputasinya sebagai pencabar terbaru badminton wanita dunia.

Sebagai rekod, Piala Sudirman adalah acara berpasukan campuran yang turut mempertandingkan acara perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ini, Taiwan dan Korea Selatan sudah pun layak ke suku akhir dan pertemuan hari ini sekadar melengkapkan jadual peringkat kumpulan. Turut mara ke suku akhir dari kumpulan lain adalah China, Malaysia, Jepun dan Thailand.

“Strategi saya adalah bertahan dengan permainan rali sebelum bertindak jika ada peluang. Jurulatih arah saya banyak jaga depan jaring. Saya terkejut dapat menewaskan beliau,” kata Se-Young yang masih segar daripada menjuarai Terbuka New Zealand awal bulan ini.

Bagi Tzu Ying, 24, beliau mengakui sedikit mengalami kecederaan tetapi tidak mahu menjadikan alasan di atas kekalahan ini.

“Dia tinggi, bertenaga dan mempunyai pergerakan kaki yang bagus. Boleh kata dari semua aspek permainan. Dia akan menjadi pemain yang dihormati satu hari nanti,” kata Tzu Ying tentang pemain muda yang baharu menyambut hari lahir ke-17 pada Februari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini