TAWAU – Seekor buaya seberat 500 kilogram yang dilaporkan telah membaham seorang lelaki warga emas pada bulan lalu akhirnya berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Sungai Pang Burung dekat sini semalam.
Buaya ganas sepanjang hampir lima meter itu ditangkap kira-kira pukul 8.30 pagi selepas ia memasuki perangkap yang dipasang JHL di kawasan sasaran.
Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, operasi menangkap buaya tersebut telah dilakukan sejak bulan lalu selepas pihaknya menerima laporan mengenai serangan reptilia itu ke atas seorang lelaki.
“Pada April lalu, seorang warga emas dipercayai telah diserang buaya terbabit dan susulan kejadian itu, anggota kami telah melancarkan operasi memburu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











