BANDAR SERI BEGAWAN – Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan bahawa hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan gay dan zina tidak akan dilaksanakan berikutan bantahan global. Bagaimanapun, pengkritik-pengkritik Barat semalam menggesa agar undang-undang syariah itu dimansuhkan sepenuhnya. Dalam ucapan baginda kelmarin, Sultan Hassanal Bolkiah berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori diguna pakai bagi undang-undang sivil dan ia kini dilaksanakan bagi undang-undang syariah. Undang-undang syariah itu yang turut menghukum pencuri dengan hukuman…










