JAKARTA 15 Mei – Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno secara tegas menolak kiraan undi pilihan raya umum 2019 (pemilu) yang dilakukan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU).
Hal ini kerana, BPN menyifatkan pemilu tahun ini penuh dengan penipuan.
Ketua BPN, Djoko Santoso berkata, pihaknya bersama rakyat menyedari bahawa demokrasi negara ini menolak semua keputusan kiraan undi yang sedang berlangsung.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sekali lagi, BPN dan rakyat Indonesia menolak semua perhitungan yang dibuat oleh KPU.
“BPN juga mendesak Sistem Informasi Pengiraan Undi (Situng) KPU dihentikan segera,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Detik News. – AGENSI











