BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 15 MEI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 15 MEI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG bersyukur apabila Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan pendapatannya dijangka terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan Sukuk oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd. Ia dijangka memberi pulangan hampir RM800 juta setahun.

Penganalisis-penganalisis ekonomi juga yakin pendapatan Tabung Haji akan meningkat. Ia sekali gus akan membolehkan agensi yang menjadi kebanggaan umat Islam itu terus kukuh.

Oleh itu Awang berharap tiada lagi mana-mana pihak cuba mempolitikkan Tabung Haji atau menjadikan Tabung Haji sebagai ‘peluru’ bagi memburuk-burukkan ‘musuh masing-masing’. Tidak kiralah kerajaan mahupun pembangkang, kedua-dua pihak perlu mengelak daripada perbuatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melalui kenyataan Tabung Haji itu, Awang percaya agensi berkenaan sudah keluar dari segala kemelut dan kontroversi yang melanda baru-baru ini. Justeru tidak perlu mana-mana pihak termasuklah ‘perunding’ atau ‘penasihat’ cuba mengeruhkan keadaan.

Awang sentiasa yakin kepada keupayaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan pengurusan kanan Tabung Haji dalam memastikan agensi itu terus mencatatkan keuntungan dan kejayaan yang sudah tentu akhirnya akan dinikmati oleh pendeposit.


Awang – Dah lama jadi pendeposit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini