Bernas edar 5,000 bubur lambuk - Utusan Malaysia

Bernas edar 5,000 bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Padiberas Nasional (Bernas) menyemarakan kedatangan bulan suci Ramadan dengan menyedarkan sebanyak 5,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Pasar Seni di sini semalam.

Menariknya, penyediaan sebanyak 10 periuk bubur lambuk tersebut disediakan dengan menggunakan resipi khas yang diambil dari 10 buah negara antaranya Korea Selatan, Kemboja, Thailand, Singapura, Vietnam, China, Jepun dam India.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bernas, Norliza Mat Isa berkata, program berkenaan merupakan pertama kali diadakan pihaknya selain mendapat kerjasama daripada pihak Pasar Seni dalam usaha menjaga kebajikan orang ramai khususnya penganut Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tujuan program tersebut diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Bernas dengan orang awam selain mahu memperkenalkan keenakan bubur lambuk kepada pengunjung  terutamanya pelancong luar negara.

“Kesemua sukarelawan bergotong-royong memasak sendiri bubur lambuk mengikut resipi dari 10 buah negara dengan menggunakan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus,” katanya ketika ditemui Kosmo! dalam Program Ikhlas Bubur Lambuk Antarabangsa semalam.

Jelasnya lagi, kami juga berhasrat menganjurkan lagi program seumpama ini pada tahun hadapan memandangkan sambutan yang diterima daripada orang ramai begitu memberangsangkan.

“Justeru, pihak kami mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam program seperti ini lagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini