BARISAN beregu lelaki kebangsaan diharap memanfaatkan Kejohanan Badminton Terbuka Australia yang akan berlangsung di Sydney bermula 4 hingga 9 Jun depan bagi mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tahun depan. Ketua Jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman berharap anak-anak buahnya mampu melayakkan diri sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini bagi mencerahkan peluang layak ke Tokyo. Dua beregu terbaik kebangsaan pada…










