Bapa simbah muka anak dengan air panas - Utusan Malaysia

Bapa simbah muka anak dengan air panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditahan polis semalam selepas menyimbah muka anak lelakinya dengan air panas di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, Gelugor di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa berusia 35 tahun sering mendesak bapanya itu untuk menyerahkan sebahagian wang tuntutan insuran mendiang ibunya yang telah matang.

Menurutnya, suspek dikatakan telah mengagihkan wang insuran tersebut kepada adik-beradik mangsa, namun tidak memberi wang berkenaan kepadanya walaupun telah diminta berulang kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Selasa lalu, mangsa sekali lagi meminta wang itu ketika pergi ke rumah abangnya untuk mendapatkan wang insuran itu sebanyak RM30,000.

“Ketika dia berada di luar rumah, suspek telah menunjukkan wang RM10 dari tingkap sebelum mangsa menghampiri tingkap dan secara tiba-tiba bapanya telah menyiram air panas ke mukanya,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, suspek melecur pada muka dan badan.

Difahamkan suspek yang mengaku terlibat dalam kejadian itu telah dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini