COZ BAZAR 18 Mei – Pihak berkuasa Bangladesh berjaya menghalang 84 pelarian Rohingnya dari Myanmar termasuk 15 kanak-kanak ketika cuba berlepas ke Malaysia dengan menaiki bot nelayan dalam serbuan insiden berasingan.
Sebanyak 67 pelarian Islam dari Kutupalong, yang merupakan penempatan pelarian terbesar di dunia itu ditahan di Pekua manakala 17 lagi ditahan di sebuah pulau kecil Bangladesh di Teluk Bengal, Saint Martin.
Tindakan itu dilakukan berdasarkan maklumat.
Kira-kira 740,000 pelarian Rohingya lari dari Myanmar ke Bangladesh sejak tindakan keras tentera bermula Ogos 2017.
Mereka menyertai tambahan 300,000 lagi Rohingya yang sudah menetap di kem penuh sesak di sini susulan keganasan sebelumnya.
Ribuan pelarian cuba melarikan diri dari kem itu setiap tahun untuk mencari peluang lebih baik di negara seperti Malaysia dan Thailand. -APF











