Azroi terpantas di Tangkak - Utusan Malaysia

Azroi terpantas di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Azroy Hakeem Anuar terus mempamer aksi bertenaga dalam misi memburu kemenangan hatrik apabila mencatat masa terpantas pada aksi kelayakan CP150 pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terbaik 44.174 saat pada pusingan ke-12 untuk mengatasi Md Iqbal Amri Malek (AHM Motorsports Yamaha Racing) yang sebelum itu mendahului pelumba lain dengan catatan terbaik 44.242s.

Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 44.384s manakala Md Aiman Tahiruddin (Petronas Sprinta Yamaha–CKJ Racing) serta rakan sepasukannya, Akid, Md Haziq Md Fairues melengkapkan lima pelumba terpantas kelayakan masing-masing dengan masa 44.480s dan 44.524s.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saingan di litar Tangkak agak sukar memandangkanpelumba lain mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

“Selain itu, keadaan litar juga sedikit sebanyak mengganggu rentak pelumba untuk memberi yang terbaik kerana terdapat kawasan yang tidak rata terutama di bahagian selekoh,” kata Azroy, yang merupakan juara pusingan pertama dan kedua.

Menurut Azroy, biarpun menjadi tumpuan untuk merangkul kejuaraan hatrik, namun dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana enggan memberi tekanan keapda diri sendiri.

“Apa yang penting, saya perlu memberi yang terbaik dan kekal konsisten di setiap pusingan kerana sedikit kesilapan akan merugikan saya,” ujarnya.

Saingan kelayakan CP115 dikuasai Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) dengan catatan terbaik 46.167s sambil juara pusingan kedua, Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mengekalkan prestasi terbaik apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 46.176s.

Rakan sepasukan Adib, Md Fareez Afeez Abd Rahman muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 46.303s.

Sementara itu, juara pusingan pembukaan, Md Zaki A Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) bakal memulakan perlumbaan akhir kategori Wira dari petak pertama setelah mengungguli kelayakan ‘shootout’ dengan masa 46.486s, diikuti Md Adib M Asri (ELF Koyoko Honda KC Racing Team) kedua, 46.621s dan Md Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing) ketiga, 46.794s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini