VIENNA 30 Mei – Presiden Austria, Alexander Van Der Bellen melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan, Brigitte Bierlein sebagai Canselor wanita pertama negara ini. Bierlein akan mengetuai kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya diadakan ketika musim luruh kelak. Beliau juga ditugaskan untuk membentuk Kabinet selepas kerajaan terdahulu terpalit dengan skandal rasuah. “Saya akan cuba mendapatkan kepercayaan rakyat Austria,” kata Bierlein dalam kenyataan yang disiarkan menerusi siaran televisyen hari ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya