BESUT: Lukisan bas, penghadang jalan dan ‘kematian’ antara koleksi Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde yang ditemukan ibunya sebaik sahaja mengemas barangan arwah yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) pada 9 Jun lalu. Juariah Abd. Rahman, 48, berkata, ia seolah-olah Muhammad Mustaqim yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengetahui pengakhiran kisah hidupnya. “Muhammad Mustaqim memang minat melukis sejak zaman sekolah dan tiga gambar ini saya perasan ketika…










