APMM rampas 53 set bubu naga di perairan Jerlun - Utusan Malaysia

APMM rampas 53 set bubu naga di perairan Jerlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah merampas peralatan menangkap ikan jenis bubu kamban atau dikenali sebagai bubu naga yang dipasang secara haram di perairan Jerlun dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, sebanyak 53 set bubu naga yang masing-masing berukuran kira-kira 10 meter panjang ditemui di beberapa lokasi berbeza di sepanjang perairan tersebut kira-kira pukul 3.40 pagi ini.

“Kesemua bubu yang dianggarkan bernilai RM4,900 itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a), Seksyen 10(2) dan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, Jabatan Perikanan Kuala Kedah memaklumkan tiada sebarang lesen dikeluarkan untuk penggunaan bubu naga berkenaan.

“Penggunaan bubu naga diharamkan kerana ia boleh menjejaskan sumber perikanan lain,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai aduan dan maklumat tentang kegiatan jenayah atau kecemasan di laut boleh menyalurkannya kepada APMM melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini