AmMetLife lancar ProtectPlus - Utusan Malaysia

AmMetLife lancar ProtectPlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – AmMetLife Insurance Bhd (AmMetLife) melancarkan ProtectPlus iaitu penyelesaian perlindungan baharu yang menawarkan jaminan bayaran tunai dan pilihan pelan untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelanggan dalam pelbagai peringkat kehidupan.

AmMetLife dalam kenyataannya berkata, ProtectPlus menawarkan pilihan enam pelan dengan jaminan jumlah asas dan jumlah premium yang ditetapkan sepanjang tempoh polisi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ramzi Toubassy berkata, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih bayaran premium bulanan pilihan bermula dari serendah RM150 bagi jaminan jumlah asas sebanyak RM150,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu menawarkan kepada rakyat Malaysia pelan mampu milik yang menyediakan perlindungan yang mencukupi. Dengan kos sara hidup yang meningkat pada hari ini, apa yang memadai dalam tempoh 10 tahun lepas mungkin tidak lagi mencukupi pada hari ini.

“Pelan itu turut menawarkan jaminan bayaran tunai tahunan sehingga 55 peratus daripada premium tahunan asas bermula dari akhir tahun polisi keempat hingga polisi tamat,” katanya.

AmMetLife berkata, dengan ProtectPlus sebanyak 100 peratus daripada jaminan jumlah asas akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh bagi orang yang diinsuranskan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini