Al-Sultan Abdullah teruskan amalan berbuka bersama rakyat - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah teruskan amalan berbuka bersama rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 31 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meneruskan program bersama rakyat yang menjadi amalan dalam keluarga Seri Paduka dengan berkenan berbuka puasa bersama rakyat di daerah ini di pekarangan Masjid Jamek Felda Jengka 5 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 220 penerima terdiri daripada asnaf dan golongan kurang berkemampuan dari sekitar daerah ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berucap pada majlis itu, Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, keberangkatan Seri Paduka memang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata di Felda Jengka 5 khususnya dan Maran amnya.

Beliau berkata, lokasi majlis itu diadakan membawa makna tersendiri kerana masjid berkenaan yang siap dibina pada 1973 dirasmikan oleh Almarhun Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah pada 27 Oktober 1978.

“Masjid ini boleh menampung seramai 600 jemaah pada satu-satu masa.

“Patik bagi pihak pacal-pacal di Jengka 5 ini ingin mengucapkan junjung kasih kerana dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda pada hari ini, dapatlah beberapa peruntukan tambahan seperti penurapan dataran masjid menerusi peruntukan khas Menteri Besar, penurapan jalan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan keceriaan masjid oleh Felda,” katanya.

Seri Paduka dijadual meneruskan program bersama rakyat negeri ini dengan berbuka puasa dengan masyarakat Temerloh esok dan diakhiri di Raub Ahad ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini