Aksi amal Teratak Twelve FC untuk Anuar Abu Bakar - Utusan Malaysia

Aksi amal Teratak Twelve FC untuk Anuar Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menyedari akan tahap kesihatan bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar yang kini berdepan kanser hati tahap empat, pasukan kelab amatur, Teratak Twelve FC telah tampil menghulurkan bantuan menerusi perlawanan amal yang berlangsung di Padang Flat Sri Johor, Cheras petang semalam.

Perlawanan berkenaan melibatkan gabungan pasukan VT12 dan Teratak FC menentang pasukan Selangor Elit merupakan platform terbaik dalam usaha mengumpul dana bagi meringankan beban Anuar yang pernah beraksi untuk Selangor sekitar tahun 1993 sehingga 1997.

Penaung Teratak Twelve FC, Datuk Kamil Mohktar menjelaskan inisiatif yang diambil tersebut sebagai langkah untuk mengenangkan jasa Anuar sebelum ini buat skuad Gergasi Merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlawanan kali yang kami atur kali ini adalah lebih kepada untuk mengumpul orang ramai memberikan sumbangan kepada bekas legenda bola sepak Selangor.

“Kita dapat rasakan keperitan yang beliau rasai sekarang kerana namanya sebelum ini sudah sebati dengan bola sepak Selangor.

“Jadi sebagai menunjukkan sokongan kepadanya, kami sedia tampil ke hadapan memberikan bantuan meskipun Teratak Twelve FC hanya dikenali sebagai pasukan budak flat,” katanya.

Dalam aksi amal yang juga perlawanan persahabatan tersebut, Selangor Elite berjaya mendapatkan kemenangan atas Teratak Twelve FC dengan keputusan 6-5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini