SABAK BERNAM – Luluh hati seorang lelaki apabila menemui mayat abangnya dalam keadaan tragis dengan isi perutnya dipercayai dimakan haiwan liar di bilik air di Jalan Haji Hassan, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, di sini, semalam. Mayat Rujali Leman, 69, yang telah berulat itu ditemui selepas empat hari meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam. Mohd. Daud Mat Lehan, 56, berkata, dia pergi menziarahi Rujali yang tinggal bersendirian selepas berbuka…









