AADK tahan tiga tokan dadah - Utusan Malaysia

AADK tahan tiga tokan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah telah menahan tiga lelaki dipercayai tokan dadah dalam serbuan di sekitar Papar, Sabah semalam.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 1.30 pagi itu, tiga lelaki tersebut berusia lingkungan 30 tahun adalah sebahagian daripada 12 lelaki yang ditahan kerana disyaki penagih dadah.

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata, serbuan itu telah dilakukan di tiga buah perkampungan dan satu taman perumahan di sekitar daerah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi yang dijalankan bersama AADK negeri, sebanyak 15 lelaki disyaki penagih ditahan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 12 daripadanya telah positif dadah jenis syabu.

“Daripada 12 yang ditahan itu tiga dipercayai tokan dan dua suspek lagi mempunyai rekod waran tangkap,” katanya di sini hari ini.

Menurut Effanehwati, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

“AADK akan terus meningkatkan usaha membanteras dan membasmi permasalahan dadah khususnya di Beaufort, Sabah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,”jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini