62 saman dikeluarkan dalam Op Khas Samseng Jalanan Ramadan - Utusan Malaysia

62 saman dikeluarkan dalam Op Khas Samseng Jalanan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI MANJUNG – Sebanyak 62 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Samseng Jalanan Ramadan yang dijalankan di Kilometer 7 Jalan Lumut-Ipoh malam tadi.

Operasi bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi itu dijalankan oleh empat pegawai dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah dan 14 anggota Polis Daerah Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, antara kesalahan dikenal pasti adalah tidak mempunyai lesen, ubah suai ekzos serta lampu brek tidak berfungsi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi itu, sebanyak 107 motosikal diperiksa membabitkan 111 penunggang dan pembonceng motosikal.

“Pihak kami turut menyita lima buah motosikal dan telah dibawa ke Balai Polis Daerah Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Muhammad Hanif, pihaknya akan terus mempergiat usaha membendung samseng jalanan melibatkan penunggang motosikal di daerah ini memandangkan gejala tersebut menimbulkan ketidakselesaan selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini