OUAGADOUGOU 12 Mei – Paderi dan lima penganut Kristian terbunuh ketika melakukan upacara sembahyang apabila lebih 30 lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan di sebuah gereja Katolik di Dablo, utara Burkina Faso, di sini hari ini.
AFP yang memetik Datuk Bandar Dablo, Ousmane Zongo sebagai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi, ketika penganut Kristian sedang melakukan sembahyang di gereja itu.
Menurutnya, suspek juga kemudian membakar gereja tersebut, beberapa kedai dan kafe sepanjang perjalannanya ke sebuah pusat kesihatan tempatan dan membakar kenderaan seorang jururawat. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











