ISLAMABAD 12 Mei – Empat pekerja hotel dan seorang pegawai Tentera Laut Pakistan terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan secara rambang di Hotel Pearl Continental di bandar raya Gwadar, di sini semalam.
Gwadar yang terletak di barat daya Pakistan itu merupakan pusat infrastruktur negara China yang bernilai berbilion ringgit.
Insiden itu turut mencederakan dua kakitangan hotel dan empat pengawal keselamatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tentera Pakistan, kesemua tiga pengganas dipercayai anggota Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mati ditembak.
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, serangan itu adalah sebagai usaha mensabotaj projek mega di negara itu.
Kedutaan China di Pakistan turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu. -AFP











