£4 bilion untuk sebotol ubat titis mata - Utusan Malaysia

£4 bilion untuk sebotol ubat titis mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WREXHAM, Wales – Seorang lelaki, Martyn Chidlow, 55, terkejut apabila dia dikehendaki membayar £4 bilion (RM21.6 bilion) untuk sebotol ubat titis mata di sebuah kedai rangkaian penjagaan mata, Specsavers, lapor akhbar Daily Mail.

Kejadian itu bagaimanapun berpunca daripada kesilapan mesin daftar tunai apabila sistem komputernya menunjukkan harga yang salah terhadap barang berkenaan.

Menurut Chidlow, dia yang pada mulanya terkejut dengan harga dipaparkan tersebut kemudiannya mula ketawa dan berasa kasihan dengan wanita penjaga mesin daftar tunai tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekerja itu menjalankan tugas dengan baik dan menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Ia bukanlah kesilapan manusia tetapi mesin. Saya bergurau dengan isteri mengenai peristiwa itu bahawa sekiranya saya tidak ke Specsavers, saya mungkin tidak akan mengesan kesalahan berkenaan,” katanya.

Jurucakap jenama tersebut turut serta menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka apabila dia mengatakan mesin daftar tunai mereka perlu melakukan pemeriksaan di Specsavers. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini