2 pasukan minat dapatkan Sanchez - Utusan Malaysia

2 pasukan minat dapatkan Sanchez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mei – Manchester United dilaporkan sudah menemui dua pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Alexis Sanchez pada musim perpindahan akan datang namun gaji bintang Chile itu menjadi halangan terbesar.

United dilaporkan mahu melakukan perubahan pada musim hadapan dengan Ole Gunnar Solskjaer mahu mencari bakat-bakat baharu dengan Sanchez perlu dilepaskan bagi meningkatkan perbelanjaan gaji.

Menurut laporan di Itali, Sanchez menjadi perhatian gergasi Serie A, Inter Milan dan Juventus dengan kedua-dua kelab itu mengikuti rapat perkembangan pemain sayap Chile itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, kedua-dua kelab itu tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menampung permintaan gaji bintang Chile itu.

Sanchez berdepan musim buruk di Old Trafford sejak menyertai United dari Emirates pada Januari 2018.

Menjadi penerima gaji terbesar dalam kalangan pemain Red Devils, Sanchez gagal mencapai prestasi terbaiknya seperti bersama Arsenal ketika berada di Old Trafford selain kerap dibelenggu masalah kecederaan.

Sanchez hanya beraksi sebanyak 45 kali bersama United dengan 14 daripadanya sebagai pemain gantian dan dia berjaya menjaringkan lima gol sepanjang bersama kelab itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini