17 polis Afghanistan ‘maut secara tidak sengaja’ - Utusan Malaysia

17 polis Afghanistan ‘maut secara tidak sengaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 17 Mei – Sekurang-kurangnya 17 anggota polis ‘maut secara tidak sengaja’ apabila pasukan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan udara terhadap kumpulan Taliban di Lashkar Gah di wilayah Helmand.

Al Jazeera melaporkan, serangan itu dilancarkan ketika pasukan polis Afghanistan bertempur dengan Taliban di bandar tersebut semalam.

Kejadian itu juga menyaksikan sebanyak 14 anggota polis cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh daripada wakil Amerika Syarikat (AS) di sini, manakala Gabenor Helmand menegaskan bahawa serangan udara tersebut akan disiasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini