MAPUTO 3 Mei – Sebanyak 14 kes wabak kolera disahkan berlaku di utara Mozambique susulan bencana banjir yang diakibatkan oleh Siklon Kenneth pada minggu lalu.
Bandar Pemba merekodkan sebanyak 11 kes manakala daerah Mecufi pula mencatat tiga kes.
Siklon Kenneth membadai utara wilayah Cabo Delgado pada 25 April lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dengan 226,000 yang lain terjejas. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











