SEPANG – Seramai 1,049 polis trafik membabitkan 104 pegawai dan 945 anggota akan ditugaskan sepanjang Op Selamat ke-15 selama dua minggu yang bermula 29 Mei lalu hingga 12 Jun ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya telah mengenal pasti 40 kawasan blackspot yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negeri Selangor. “Daripada 40 jumlah itu, sebanyak enam lokasi akan difokuskan iaitu di Jalan Klang-Teluk Intan, Kilometer (KM) 45…










