KLANG – Golongan kurang berkemampuan di Kampung Sungai Sireh Tambahan, di sini terus mendapat perhatian dan bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya menyampaikan sumbangan serta bantuan kepda 100 penduduk di kampung berkenaan meliputi Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah, asnaf fakir miskin dan anak-anak yatim. “Sumbangan yang kita sampaikan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat lebih-lebih…









