10 nyaris maut kontena terbalik - Utusan Malaysia

10 nyaris maut kontena terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Sekumpulan 10 pekerja warga asing nyaris maut apabila kontena yang dijadikan tempat mereka ber­teduh ketika hujan terbalik akibat ditiup ­angin kencang dalam kejadian di tapak pembinaan di Kuala Jalan Baru di sini semalam.

Kejadian pada pukul 9.50 pagi itu didakwa berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan tersebut dan seluruh negeri ini sejak awal pagi.

Difahamkan, kontena tersebut disusun menjadi dua tingkat dan dijadikan asrama pekerja di tapak pembinaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Mokhtar berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati lapan buah kontena telah terbalik dan senget akibat ditiup angin kencang.

“Ada pekerja yang masih ber­teduh di bawah kontena yang telah terbalik dan senget, namun mereka berjaya dibawa keluar sebaik kami tiba.

“Kesemua 10 pekerja itu ce­dera ringan dan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau di sini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini