Aroma yang mampu bertahan sehingga 60 hari membuatkan pewangi XFresh menjadi pilihan ramai untuk digunakan di dalam kereta, kediaman atau pejabat. Produk keluaran syarikat Nectar Essence Niaga itu mula diperkenalkan di pasaran sejak Ogos tahun lalu dan jualannya mencecah 50,000 unit sebulan. Pengerusinya, Shahairul Roslan berkata, wangian penutup kayu itu didatangkan dalam empat bauan berbeza iaitu Sakura Blossom, Vanilla Sky, Sweet Dew dan Fresh Citrus yang dijual pada harga RM10…










