WDG peniaga tunggal Mitsubishi Generator Series di Malaysia - Utusan Malaysia

WDG peniaga tunggal Mitsubishi Generator Series di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – WDG Resources Sdn. Bhd. (WDG) dilantik peniaga tunggal Mitsubishi Generator Series (MGS), MGS-B, MGS-C, MGS-HV di Malaysia oleh Mitsubishi Heavy Industries Engine System Asia Pte. Ltd.

WDG adalah anak syarikat tidak langsung Wah Seong Corporation Bhd (WSC) dengan pegangan sebanyak 60 peratus.

WSC dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan WDG berkuat kuasa hari ini dan tamat pada 1 Jun 2020.

“Pelantikan ini boleh diperbaharui mengikut terma dan syarat yang sesuai antara WDG dan Mitsubishi. WDG terlibat dalam pembuatan, fabrikasi, perdagangan, pengedaran dan perkhidmatan jentera, peralatan dan bahagian industri.

“Pengedar tunggal yang sah dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan WSC sepanjang tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×