Warga asing ditahan miliki dadah - Utusan Malaysia

Warga asing ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Seorang lelaki warga asing ditahan apabila didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 5.10 gram dengan anggaran nilai RM600 di Jalan Abang Galau, Sarawak hari ini.

Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sekitar pukul 10.10 pagi.

“Pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan satu peket lutsinar dan satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu pada kocek seluar suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini