HULU TERENGGGANU 9 April – Polis sedang memburu dua wanita dipercaya warga Indonesia kerana disyaki melarikan seutas rantai dianggarkan bernilai RM7,350 daripada sebuah kedai emas di Kuala Berang di sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian pada pukul 2.37 petang itu disedari pengadu yang merupakan pemilik kedai tersebut keesokan harinya selepas dia membuat pemeriksaan barang kemas di premisnya kira-kira pukul 3 petang.…










