[VIDEO] USAS berminat jalin kerjasama pintar dengan Sibermedia - Utusan Malaysia

[VIDEO] USAS berminat jalin kerjasama pintar dengan Sibermedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 4 April – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini berminat untuk mengadakan kerjasama pintar dengan Sibermedia Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi berkata, pihaknya sedia menerokai potensi kerjasama dengan Sibermedia dalam pelbagai bidang seperti mengendalikan secara bersama kursus-kursus yang terdapat di universiti itu.

Menurutnya, selain itu, Sibermedia boleh menjadi platform untuk mempromosikan kursus-kursus yang terdapat di USAS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, USAS mempunyai kepakaran dalam pengurusan masjid yang mana kursus ini yang sudah berjalan di USAS dengan ahli jawatankuasa masjid, ketua jawatankuasa masjid datang ke sini untuk berkursus.

“Mungkin juga USAS boleh bekerjasama dengan Sibermedia untuk menjadi platform kepada pengembangan program asas ini ke seluruh negara. Sekarang ini yang kita buat ini banyak di Perak, jadi ia seperti prototype kepada program pengurusan masjid di USAS yang mengandungi kursus dari segi pentadbiran pejabat, perakaunan, promosi masjid dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengarah Eksekutif Sibermedia Sdn. Bhd., Ainol Amriz Ismail dan Penolong Pengurus Sibermedia Sdn. Bhd., Mohammad Hazli Mohammad Hassan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Ismail.

Menurut Nordin, antara program tonggak di USAS ialah kursus dalam sistem kewangan dan perbankan Islam yang mana para pensyarahnya mempunyai persijilan profesional dalam bidang perbankan Islam.

Beliau berkata, apa yang menarik ialah para peserta kursus di USAS mungkin akan diberikan persijilan yang akan dikeluarkan oleh USAS.

Kata beliau, sijil yang dikeluarkan sudah tentu berprestij berbanding dengan hanya persijilan kehadiran kursus.

“Mungkin kita akan susun cara-cara penilaian yang sistematik yang mungkin jika sesuai mungkin akan termasuk dalam senarai kursus-kursus yang diluluskan oleh USAS.

“Ini adalah potensi besar yang boleh dilaksanakan bersama di antara Sibermedia dan USAS. Yang penting ialah kesungguhan bekerjasama dan saling mempercayai bahawa kerjasama ini baik untuk kedua-dua pihak, orang awam dan golongan profesional,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini