[VIDEO] Penunggang motosikal cedera terkena tayar treler tercabut  - Utusan Malaysia

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera terkena tayar treler tercabut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas motosikal ditunggangnya 
terkena tayar treler yang tercabut di Batu 3 Jalan Seremban-Port Dickson dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.15 petang.

Menurut beliau, penunggang motosikal berkenaan, Mohamad Haanee Kamaludeen, 30, mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kiri dalam kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkam mangsa masih lagi koma akibat kemalangan itu.

“Tayar belakang sebelah kiri treler itu tercabut dan terpelanting ke kanan jalan semasa dalam perjalanan dari arah Sungai Gadut, Seremban menuju ke Lukut, Port Dickson.

“Tayar yang tercabut itu kemudian terkena penunggang motosikal Suzuki yang berada di lorong kanan menyebabkan mangsa terjatuh. Treler itu dipandu lelaki berusia 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata, penunggang motosikal itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini selepas menerima bantuan daripada orang awam.

Menurut beliau, rakaman video kejadian itu yang berdurasi tiga saat tular di Facebook dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini