SERDANG – “Mendiang seorang lelaki yang baik” kata S. Sathiaseelan, 43, abang ipar kepada pemandu bas, S. Suresh, 43, yang maut dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam semalam. Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa mendiang pada pukul 1.30 pagi selepas dimaklumkan syarikat bas berkenaan. “Kejadian ini amat mengejutkan saya sekeluarga kerana malam sebelum kejadian mendiang telah datang ke rumah…










