[VIDEO] Jom Kubang Ikan Darat meriah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jom Kubang Ikan Darat meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 12 April – Suasana di Kampung Teluk Paku di sini bertukar riuh dengan gelagat penduduk setempat menangkap ikan dalam Program Jom Kubang Ikan Darat hari ini.

Orang ramai mula berkumpul sejak pukul 7 pagi bagi menyertai di samping menyaksikan program tradisi anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Paku bersama Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan Kreatif) itu.

Penyelaras program, Tuan Azman Shah Tuan Alias berkata, Program Jom Kubang Ikan Darat pertama kali dianjurkan pada 2016 dan diteruskan buat tahun kedua dengan pelbagai pengisian menarik termasuk hadiah istimewa kepada peserta yang berjaya mendapat ikan misteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sejak pukul 12 tengah malam tadi, petugas melakukan kerja-kerja awal membina tembok dan mengepam air dari alur parit bagi memastikan program pagi ini berjalan lancar.

“Peserta paling muda adalah sekitar dua tahun manakala yang paling dewasa berusia 80 tahun. Tentunya peserta yang paling seronok adalah kalangan kanak-kanak kerana dapat berkubang beramai-ramai menangkap ikan seperti keli, puyu, haruan dan sepat.

“Secara keseluruhannya kira-kira 400 kilogram ikan dapat ditangkap dalam tempoh kurang tiga jam ini dengan sebahagiannya dimasak untuk dimakan bersama manakala selebihnya diberikan kepada orang ramai yang datang,” katanya kepada Utusan Online dalam program tersebut di sini.

Menurutnya, pihak penganjur menyediakan hadiah misteri berupa hamper kepada peserta yang mendapat ikan istimewa iaitu belut dan kura-kura. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini