SEREMBAN 28 April – Sebuah motosikal terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer (KM) 265.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Rosli Ishak berkata, bagaimanapun, tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu termasuk seorang wanita hanya mengalami cedera ringan. Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi ketika sebuah motosikal jenis Yamaha 125 yang ditunggang seorang lelaki berumur…










