MELAKA – Usahawan tempatan diseru untuk merebut peluang memasarkan produk halal mereka ke peringkat antarabangsa selepas sektor itu diperakui oleh bank dunia mengalami pertumbahan perolehan pesat sehingga mencecah lebih RM28.9 trilion. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pihaknya mahu usahawan tempatan mengambil peluang pasaran antarabangsa itu sekurang-kurangnya lima peratus dengan nilai perolehan kira-kira RM1.4 trilion. Katanya, jumlah itu sekali gus dapat membantu meningkatkan kadar Keluaran Dalam Negara…










