MANCHESTER – Bintang Manchester United, Paul Pogba melaungkan keyakinan bahawa pasukannya mampu untuk mengubah nasib mereka pada saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara apabila bertemu Barcelona awal pagi esok. Selepas meraih gelaran trebel dengan merangkul trofi berprestij di Eropah itu pada aksi di Camp Nou kira-kira dua dekad lalu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pastinya mahu memori indah tersebut berulang kembali. United tewas 0-1 pada aksi suku akhir pertama di…









