REMBAU 9 April – Proses pengundian awal hari ini di Balai Polis Rantau dekat sini berjalan lancar sebaik pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi tadi. Pengundian berjalan agak perlahan dengan cuaca mendung sejak pagi tadi. Sehingga pukul 8.45 pagi, seramai enam pengundi daripada 36 pengundi berdaftar di situ telah menunaikan tanggung jawab masing-masing. DUA anggota polis, Lans Koperal Farahtul Adibah Abdullah (kiri) dan Koperal Rokiah Mat (kanan) menunjukkan jari…










