KUALA NERANG – Seekor ular sawa batik sepanjang enam meter yang kekenyangan selepas membaham dua ekor ayam berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Batu 19, Jalan Kampung Rambutan di sini hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk, Azhar Ramli, 51, berhubung penemuan reptilia seberat kira-kira 10 kilogram (kg) itu pada pukul 2.58 petang ini. “Penduduk itu…