HULU SELANGOR – “Kakak takut, jangan tinggalkan kakak berseorangan,” kata Arisa Safina Aminuddin Awang, 10, kepada ibunya sehari sebelum kejadian menyayat hati yang meragut nyawa kanak-kanak itu. Murid tahun empat itu maut selepas dilanggar sebuah van sekolah yang menghantarnya pulang di rumahnya dekat Apartmen Seri Teluki, Bukit Sentosa di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Ibu mangsa, Habsah Abdul Aziz, 42, berkata, dia bagaimanapun menganggap apa yang dikatakan oleh anaknya…










